Jumaat, 10 Oktober 2008

PROJEK 16 SEPTEMBER

Kerajaan Pakatan Rakyat insyaAllah akan dibentuk pada 7 Disember 2008 bersamaan 9 Zulhijjah 1429 (Sebelum Hari Raya Qurban). Kata Dato' Seri Anuar Ibrahim semasa ceramah perdana Aidil Fitri di Padang Perdana di Kota Bharu.


Tukar k'jaan: PAS hantar pemimpin tertinggi
Jimadie Shah Othman Oct 10, 08 6:44pm
kemaskini 8:19pm Lima pemimpin paling kanan PAS akan terlibat sepenuhnya dalam mesyuarat peringkat tertinggi Pakatan Rakyat mulai minggu depan, demikian diputuskan oleh biro politik parti itu.“Mesyuarat memilih lima orang untuk mewakili parti dalam mesyuarat Pakatan,” kata ahli jawatankuasa pusat Khalid Samad, yang menganggotai lajnah politik dan pilihanraya PAS.Mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang, awal minggu ini juga memutuskan untuk mendapat restu secara rasmi oleh anggota-anggota jawatankuasa pusat bersama ahli-ahli Dewan Rakyat parti itu.Khalid menambah, pertemuan untuk mendapat mandat barisan pemimpin itu diadakan pada Ahad ini.“Mesyuarat putuskan, pada 12 Oktober, perkara ini akan dikemukakan dalam mesyuarat jawatankuasa pusat bersama ahli-ahli parlimen (PAS). Mereka kena terima (keputusan itu),” katanya.Selain Abdul Hadi, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, dua timbalannya Datuk Husam Musa dan Mohamad Sabu terpilih bersama setiausaha agung Datuk Kamaruddin Jaffar untuk mewakili PAS ke mesyuarat Pakatan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kumpulan pemimpin berprofil tinggi itu dihantar sebagai persiapan pakatan pembangkang membentuk kerajaan persekutuan seperti rancangan Anwar yang dikenali "projek 16 September." PAS selama ini mengirim pemimpin lebih rendah kerana pada peringkat awal pembentukan Pakatan, yang bermula hanya selepas kemenangan mengejut pembangkang dalam pilihanraya umum Mac lalu, ia bertujuan "menyemak nama-nama ahli parlimen BN" yang bakal menyertai gabungan tersebut. “Dulu kita berusaha menyemak nama-nama ahli-ahli parlimen BN menyertai Pakatan. Sekarang kita hendak menyelaraskan kerjasama dalam Pakatan ke arah membentuk kerajaan baru. Termasuklah membincangkan soal (anggota) kabinet dan sebagainya,” kata Khalid.Beliau mengulas sebab pergantian wakil PAS dalam majlis kepemimpinan Pakatan Rakyat daripada pemimpin rendah kepada pemimpin yang lebih kanan.Mengulas pertembungan terbuka beberapa pemimpin parti itu di pelbagai peringkat, khususnya reaksi terhadap projek 16 September, beliau berkata “semua sudah OK” selepas mesyuarat lajnah tersebut. Dalam mesyuarat Isnin lalu, perkara itu “ada perbahasan sedikit”, katanya.Khalid menambah, “semua pemimpin faham” dan bersetuju untuk mengeluarkan pandangan rasmi parti sahaja dan mengelak mengemukakan idea peribadi secara terbuka.“Kalau semua orang hendak kemukakan pandangan peribadi, susahlah (PAS),” katanya.Permukiman di Langkawi bulan depan bagaimanapun tetap diadakan untuk membincangkan banyak perkara berkaitan strategi pembentukan kerajaan persekutuan, tambahnya. (Sumber : Malaysiakini)

Fakta@Auta berkata...........

FAKTAnya:

Bila sdr. Khalid Samad sebagai Ketua Penerangan PAS yang baru?? Dimana Sdr. Mahfuz???
Apakah pihak PAS semakin yakin membentuk Kerajaan baru melalui Pakatan Rakyat, sedangkan UMNO telah merombak kepimpinan melalui PAU yang telah ditunda kepada MAC 2009. Nampaknya Khalid semakin berlebihan dan boros pula.

Fakta berharap Projek 16 September hendaklah diubah nama kepada "INILAH PROJEK KERAJAAN PAKATAN RAKYAT' memandang 16 September adalah sebuah kayalan sejarah dan telah berlalu. Semangat masih ada. tetapi banyak autanya.....


AUTAnya:-

Dato' Najib akan mengadakan Pilihan raya Umum ke-13 pada Oktober 2009 bagi mendapat mandat baru untuk kerajaan Malaysia yang baru.

Ingat ya berlebihan dan boros itu sama dengan membazir... membazir idea dan semangat.

FAKTAnya.........

PAS dan Pakatan Rakyat perlu perkuatkan Kerajaan 4 negeri terlebih dahulu, dari segi ketelusan, gemilang dan berdaya saing. Apabila Kerajaan Pakatan Rakyat kuat, dan telus, adalah sukar BN nak menawannya.

AUTAnya...

4 bukan 5 negeri. Sebab Kelantan tak dimasuk kira kerana Kelantan lebih awal membentuk kerajaan berbanding dengan 4 negeri yang lain. EXCOnya solid PAS bukan campur aduk dengan lain-lain komponen.